Monday, 21 May 2012

Latihan Pengukuhan

Soalan 1

Terdapat empat jenis nilai faedah. Antara berikut yang manakah bukan nilai faedah?

A.  Nilai faedah bentuk
B.  Nilai faedah masa
C.  Nilai faedah milikan
D.  Nilai faedah barangan

Jawapan : D

Soalan 2.

Antara berikut, yang manakah merujuk kepada keperluan fisiologi mengikut Abraham Maslow?

A. Mendapat pendidikan tinggi
B. Mendapat kasih sayang dan penghargaan
C. Dapat pengiktirafan masyarakat umum
D. Mendapat kemudahan kesihatan yang cukup

Jawapan  : D

Soalan 3.

Bukit Tambun di Perak mengkhusus dalam pengeluaran buah limau.
Apakah jenis pengkhususan itu?

A.   Pengkhususan antarabangsa
B.   Pengkhususan mengikut proses
C.   Pengkhususan mengikut kawasan
D.   Pengkhususan mengikut profesion

Jawapan : C

Soalan 4.

Apakah maksud pengeluaran?

A.   Aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan manusia
B.   Aktiviti menggunakan barang
C.   Aktiviti mengeluarkan barang dengan mesin
D.   Aktiviti mengeluarkan bahan mentah dari perut bumi.

Jawapan : A

Soalan 5.
Maklumat berikut berkaitan dengan perusahaan Dato Sukri.

"Dato Sukri ialah usahawan yang memproses kerepek ubi di Balik Pulau, Pulau Pinang. Perusahaannya telah menambahkan pendapatan penduduk setempat"

Antara berikut, yang manakah merupakan peranan beliau sebagai usahawan?
I. Membuang pekerja
II. Meningkatkan daya kreatif
III. Mewujudkan peluang perniagaan
IV. Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negara

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Jawapan : D

No comments:

Post a Comment