Soalan :
Sesuatu keluaran mempunyai nilai faedah jika memberi kepuasan kepada pengguna.
Huraikan dua jenis nilai faedah tersebut (2010)
Jawapan :
Nilai faedah tersebut ialah :
- Nilai faedah tempat
Memindahkan barang ke tempat yang
mempunyai permintaan terhadapnya
Kayu balak di hutan diangkut ke kilang papan /
contoh yang sesuai
- Nilai faedah bentuk
Mengubah bentuk sesuatu keluaran kepada lebih berguna
Kayu kepada kerusi / contoh yang sesuai
- Nilai faedah masa
Menyimpan barang sehingga ia diperlukan
Beras berlebihan disimpan dan dibekalkan sehingga
ada permintaan
- Nilai faedah milikan
Pertukaran milik daripada seseorang kepada orang
lain yang memerlukan
Pemborong kepada peruncit / contoh yang sesuai
Soalan:
Terangkan kelebihan mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran. (2010 )
Jawapan:
Kelebihan mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran ialah :
- Kecekapan dan kemahiran pekerja meningkat
Kerana melakukan kerja yang sama
- Daya pengeluaran meningkat/produktiviti
Meningkatkan daya saing pengeluar
- Kos latihan dijimatkan
Masa pengeluaran seunit dikurangkan
- membolehkan penggunaan mesin
menggalakan pengeluaran besar-besaran
- Menikmati ekonomi bidangan
mengurang kos pengeluran seunit
- Pekerja dilatih dalam bidang tertentu
sesuai dengan bakat/kemahiran/minat
Soalan :
Mengapakah seorang pengusaha bengkel kereta sangat memerlukan perkhidmatan bank dan insurans tetapi kurang memerlukan perkhidmatan pergudangan?( 2009)
Jawapan :
Pengusaha bengkel kereta sangat memerlukan perkhidmatan bank kerana:
- Boleh menyimpan wang dalam simpanan semasa/simpanan tetap/simpanan biasa
- Membiayai / modal pengusaha memberi pinjaman / overdraf
- Ada kemudahan pembayaran dengan cek dan draf bank
- Perkhidmatan lain
Contoh: kad kredit / nasihat
Pengusaha bengkel kereta sangat memerlukan perkhidmatan insurans kerana:
- Melindungi bengkel daripada pelbagai risiko
Contohnya kecurian / kebakaran / kemalangan dapat gantirugi jika risiko yang
diinsuraskan berlaku
- Boleh menjalankan aktiviti perniagaan dengan yakin
Berani memperkembangkan perniagaan
- Boleh ambil polisi lain
- Seperti kemalangan pekerja / insurans perlindungan awam
Pengusaha bengkel kereta kurang memerlukan gudang kerana:
- Tidak perlu menyimpan stok yang banyak hanya menjual sedikit barang bentuk akhir/
alat – alat ganti sahaja
tidak menjalankan kerja – kerja pemecahan pukal
- Tidak memerlukan gudang khas / pengstoran sejuk
Untuk menyimpan barang tidak tahan lama
- Tidak perlu menyelaras permintaan dan penawaran
Untuk menstabilkan harga
Kerana hanya menyediakan pehidmatan
Soalan :
Bagaimanakah promosi dan insurans membantu Puan Mazafira, seorang pengusaha sos cili berjenama Aroma dalam menjalankan perniagannya? ( 2009 )
Jawapan :
Cara promosi membantu:
- Memberitahu tentang keluaran sos cili Aroma
- pengusaha sos cili yang lain / jenama sos cili yang lain / pesaing
- Mewujudkan kesetiaan kepada jenama Aroma
- Meluaskan pasaran sos cili Aroma
- Menggalakkan / menarik pembelian / meningkatkan jualan / meningkatkan keuntungan / meningkatkan permintaan
- Membantu menjaga imej keluaran dan syarikat
- Contoh : Mengadakan jualan murah / publisiti mengedarkan sampel percuma dan lain-lain / tv / media
Cara insurans membantu:
- Membantu / melindungi pengusaha sekiranya mengalami risiko
- Mebolehkan pengeluaran sos cili Aroma dijalankan secara besar-besaran
- Syarikat insurans membayar ganti rugi / pampasan
- Membolehkan pengusaha pulih ke kedudukan asal
- Pengusaha tidak akan berasa bimbang / ragu-ragu menjalankan perniagaan /
pengusaha berasa yakin untuk berniaga
- Memberikan kemudahan pinjaman kewangan
Contoh polisi kebakaran / kemalangan / kecurian
Kepada semua pelajar yang dirahmati, kamu boleh cuba menjawab latihan ini untuk menguji kefahaman kamu. Jawapan kamu boleh menulis jawapan di ruang yang disediakan, kami akan memberi maklum balas jawapan kamu dengan kadar yang segera.. Selamat Mencuba...
SITUASI
Encik Abu merupakan seorang peniaga runcit.Kedai runcitnya dikenali sebagai Kedai Runcit Abu. Kedai ini terletak di Bandar Seberang Jaya. Encik Chong juga menjalankan perniagaan runcit yang dikenali sebagai Mini Market Chong di kawasan yang sama. Kedua-dua perniagaan tersebut bersaing hebat untuk menarik pelanggan.
Untuk memajukan perniagaan dan untuk mengelakkan persaingan, Encik Abu dan Encik Chong telah bersetuju menggabungkan perniagaan mereka menjadi Mini Market Abu dan Chong. Baru-baru ini sebuah kedai runcit lagi telah didirikan lebih kurang 8km dari kedai runcit mereka. Selain menjual pelbagai barangan runcit kedai runcit baharu itu juga menjalakan perniagaan restoran mini. Akibatnya jumlah pelanggan yang mengunjungi Mini Market Abu dan Chong merosot.
Justeru itu hasil jualannya juga telah merosot ke paras RM50000 sebulan dan tahap keuntungan pula jatuh ke purata RM1500 sebulan. Sejak kebelakangan ini, Mini Market Abu dan Chong kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Encik Abu dan Chong merasa bimbang dengan perkembangan ini. Mereka terus berusaha untuk memajukan lagi perniagaan mereka dengan mengadakan pelbagai promosi secara giat.
SOALAN :
1.Takrifkan maksud perkongsian
2.Bincangkan 5 faktor yang mempengaruhi pemilihan media pengiklanan yang perlu dipertimbangkan oleh Encik Abu dan Chong bagi mengatasi kemerosotan perniagaan mereka
3.Cadangkan 4 jenis media pengiklanana yang bercetak dan sesuai digunakan untuk memberitahu dan menarik orang ramai supaya datang membeli-belah di kedai mereka.