Monday, 28 May 2012

PENYELESAIAN MASALAH

Kepada semua pelajar yang dirahmati, kamu boleh cuba menjawab latihan ini untuk menguji kefahaman kamu. Jawapan kamu boleh menulis jawapan di ruang yang disediakan, kami akan memberi maklum balas jawapan kamu dengan kadar yang segera.. Selamat Mencuba...



SITUASI


Encik Abu merupakan seorang peniaga runcit.Kedai runcitnya dikenali sebagai Kedai Runcit Abu. Kedai ini terletak di Bandar Seberang Jaya. Encik Chong juga menjalankan perniagaan runcit yang dikenali sebagai Mini Market Chong di kawasan yang sama. Kedua-dua perniagaan tersebut bersaing hebat untuk menarik pelanggan.
Untuk memajukan perniagaan dan untuk mengelakkan persaingan, Encik Abu dan Encik Chong telah bersetuju menggabungkan perniagaan mereka menjadi Mini Market Abu dan Chong. Baru-baru ini sebuah kedai runcit lagi telah didirikan lebih kurang 8km dari kedai runcit mereka. Selain menjual pelbagai barangan runcit kedai runcit baharu itu juga menjalakan perniagaan restoran mini. Akibatnya jumlah pelanggan yang mengunjungi Mini Market Abu dan Chong merosot.
Justeru itu hasil jualannya juga telah merosot ke paras RM50000 sebulan dan tahap keuntungan pula jatuh ke purata RM1500 sebulan. Sejak kebelakangan ini, Mini Market Abu dan Chong kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Encik Abu dan Chong merasa bimbang dengan perkembangan ini. Mereka terus berusaha untuk memajukan lagi perniagaan mereka dengan mengadakan pelbagai promosi secara giat.


SOALAN :


1.Takrifkan maksud perkongsian


2.Bincangkan 5 faktor yang mempengaruhi pemilihan media pengiklanan yang perlu dipertimbangkan oleh Encik Abu dan Chong bagi mengatasi kemerosotan perniagaan mereka


3.Cadangkan 4 jenis media pengiklanana yang bercetak dan sesuai digunakan untuk memberitahu dan menarik orang ramai supaya datang membeli-belah di kedai mereka.

No comments:

Post a Comment