Mengapakah seorang pengusaha bengkel kereta sangat memerlukan perkhidmatan bank dan insurans tetapi kurang memerlukan perkhidmatan pergudangan?( 2009)
Jawapan :
Pengusaha bengkel kereta sangat memerlukan perkhidmatan bank kerana:
- Boleh menyimpan wang dalam simpanan semasa/simpanan tetap/simpanan biasa
- Membiayai / modal pengusaha memberi pinjaman / overdraf
- Ada kemudahan pembayaran dengan cek dan draf bank
- Perkhidmatan lain
Contoh: kad kredit / nasihat
Pengusaha bengkel kereta sangat memerlukan perkhidmatan insurans kerana:
- Melindungi bengkel daripada pelbagai risiko
Contohnya kecurian / kebakaran / kemalangan dapat gantirugi jika risiko yang
diinsuraskan berlaku
- Boleh menjalankan aktiviti perniagaan dengan yakin
Berani memperkembangkan perniagaan
- Boleh ambil polisi lain
- Seperti kemalangan pekerja / insurans perlindungan awam
Pengusaha bengkel kereta kurang memerlukan gudang kerana:
- Tidak perlu menyimpan stok yang banyak hanya menjual sedikit barang bentuk akhir/
alat – alat ganti sahaja
tidak menjalankan kerja – kerja pemecahan pukal
- Tidak memerlukan gudang khas / pengstoran sejuk
Untuk menyimpan barang tidak tahan lama
- Tidak perlu menyelaras permintaan dan penawaran
Untuk menstabilkan harga
Kerana hanya menyediakan pehidmatan
Soalan :
Bagaimanakah promosi dan insurans membantu Puan Mazafira, seorang pengusaha sos cili berjenama Aroma dalam menjalankan perniagannya? ( 2009 )
Jawapan :
Cara promosi membantu:
- Memberitahu tentang keluaran sos cili Aroma
- pengusaha sos cili yang lain / jenama sos cili yang lain / pesaing
- Mewujudkan kesetiaan kepada jenama Aroma
- Meluaskan pasaran sos cili Aroma
- Menggalakkan / menarik pembelian / meningkatkan jualan / meningkatkan keuntungan / meningkatkan permintaan
- Membantu menjaga imej keluaran dan syarikat
- Contoh : Mengadakan jualan murah / publisiti mengedarkan sampel percuma dan lain-lain / tv / media
Cara insurans membantu:
- Membantu / melindungi pengusaha sekiranya mengalami risiko
- Mebolehkan pengeluaran sos cili Aroma dijalankan secara besar-besaran
- Syarikat insurans membayar ganti rugi / pampasan
- Membolehkan pengusaha pulih ke kedudukan asal
- Pengusaha tidak akan berasa bimbang / ragu-ragu menjalankan perniagaan /
pengusaha berasa yakin untuk berniaga
- Memberikan kemudahan pinjaman kewangan
Contoh polisi kebakaran / kemalangan / kecurian
No comments:
Post a Comment